CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

TOLONG KLIK

Sunday, February 26, 2012

SAPA KATA KERJA CIKGU SENANGGGG!!!!....


Ingatkan minggu exam relax skit.Ikut jadual exam pun arini sakali je kene jaga exam. Termasuk esok dan lusa.So chegu Lin ingat banyak la masa santai-santai skit..rupa-rupanya lagi melambak keje dalam week ni. Arini sibuk menaip minit mesyuarat kejohanan olahraga MRSM kali pertama. Mak oiiii punye la panjang minit nye sampai 8 mukasurat. Mengalahkan assignment ku. Mau tak muak menaipnye..huhuhu..dari kul 8 pagi taip sampaiii la kul 1 tgh baru la siap(berselang seli menjaga exam)..

Pastu ingat da settle, dok lagi...sebagai S/u kmu kene ada semua jadual perlawanan dan senarai nama peserta sukan kata chegu D ...adohaiiii...kene pi carik plak softcopy menda-menda tu untuk diagihkan kepada cikgu-cikgu penasihat rumah sukan.separa tensen sudah...Masalahnye pendrive chegu ni da penuh semua almaklumlah banyak sangat maklumat yang disedut..terpaksa la keluar pi beli sekejab pendrive semata-mata untuk menyedut maklumat olahraga ni plak.


Oklahh, pahtu chegu R ketua jk hadiah plak ajak pi beli hadiah untuk minggu aktiviti rabu ni. Memandangkan chegu lin  ajk hadiah jugak ok sajalah..harap-harap adreanna x kene injek nipah hari tu..klo tak terpaksa la bagi dua diriku ini..

Pahtu tiba-tiba sorang chegu S datang meminta chegu bekerjasama dengannya untuk menyiapkan jadual waktu sekolah yang baru kerana  jadual waktu sekarang terpaksa dirombak oleh kerana untuk sesuaikan jadual KAT 1 and PBS bagi form 1..Memandangkan chegu juga jk Jadual Waktu sekolah..ape bleh ku katakan..stressssssss.....kenapa sume datang dalam masa yang sama...x larat laa..

Moral of the story :sape kate kerja cikgu senang.....

0 comments: